Thursday, November 1, 2012

nyah kau tummy fat !!

               


mcm tetibe kan letak pic2 ni..padahal da pnh upload..oke,,motif utama nk cerite yg lemak kat perut sedang bermaharajalela sangat sekarang..mmg cantek sangat la muka ko kan wahai lemak..kehadiran sekutu2 anda adalah sangat2 tidak dialu2kan oke..

so,lpas puas menggodek2 mr google,terjumpa la jugak tips2 yg oke untuk hilangkn tummy fat ni..tp nak follow tu macam tak brape nk ikhlas lagi..heeee :)

1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi.

2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.

3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.


4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.


5. Makan banyak buah – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dsb.

6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.

7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.

8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.

renung2kan dan selamat mencuba :)


No comments:

Post a Comment